|
|
Soalan
: |
|
Asalamualaikum.
|
| |
|
Saya
baru sahaja mendirikan rumahtangga minggu
lalu dan kini saya berniat menceraikan
isteri saya. Niat ini timbul selepas kadi
dalam khutbahnya ada menyatakan bahawa
seorang isteri boleh menuntut cerai sekiranya
mengetahui si suami ada melakukan maksiat,
penyakit kronik dan sebegainya sebelum
beliau disetubuhi.
|
|
|
|
Untuk
pengetahuan ustaz, saya pernah melakukan
zina dengan seorang teman saya pada tahun
lalu. Namun, saya setelah saya menyatakan
kepada kekasih saya ini (sekarang sudah
menjadi isteri) yang saya telah melakukan
dosa, namun dia tidak mahu menerima hakikat
utk berpisah malah telah berkeras utk
bertunang dengan saya. Kini, perasaan
bersalah itu datang kembali dan saya terpanggil
utk meninggalkannya dengan cara yang paling
baik. Saya berniat utk bertanggungjawab
atas perbuatan saya yang lalu.
|
|
|
|
Untuk
pengetahuan ustaz, saya masih belum menyetubuhi
isteri saya namun begitu, saya ada bercumbuan
dengannya dan pernah sekali memasukkan
sedikit zakar saya kedalam kemaluannya
(tidak sampai ke hujung) (adakah ini sudah
dianggap bersetubuh?). Saya juga ada menyatakan
hasrat saya sejak dari malam pertama perkahwinan
kami namun isteri saya masih enggan menerimanya.
|
| |
|
Sila
beri pandangan serta nasihat. Terima kasih.
|
| |
|
|
Jawapan
: |
|
1.
|
Perbuatan
encik yang menyesali kesilapan yang lalu
merupakan petanda yang baik. Namun encik
perlu ingat bahawa tanggungjawab sebagai
seorang suami terhadap isteri perlu dilaksanakan
dengan ikhlas dan sepenuh hati.
|
|
|
|
|
2.
|
Walaubagaimanapun,
adalah lebih baik jika encik berinteraksi
dengan Pegawai Kaunseling
|
| |
|
|
Rumahtangga
di Jabatan Agama Islam Selangor di talian
03-55143461 @ 03-55143460 @ 03-55143471
untuk mendapatkan khidmat nasihat dan
pandangan mereka.
|