|
|
|
|
| Soal
Jawab Agama Munakahat |
|
Soalan
5
|
|
|
Soalan
: |
|
Assalamualaikum,
|
|
Tuan/Puan, |
| |
|
Saya
ingin meminta nasihat berkenaan masalah
rumahtangga yang saya hadapi sekarang.
|
| |
|
Saya
telah berkahwin selama lapan tahun. Kira-kira
7 tahun yang lalu saya pernah melahirkan
seorang anak lelaki tetapi meninggal dunia
semasa dalam pantang. Sehingga kini kami
masih belum dikurniakan anak lagi. Masalah
saya sekarang ini ialah berkenaan dengan
suami saya yang tidak bekerja selama lebih
daripada 3 tahun.
|
| |
|
Saya
telah menasihatkan suami saya berkenaan
tanggungjawabnya sebagai suami dan hak
saya sebagai isteri dari segi nafkah zahir
yang wajib diberikan. Saya telah berusaha
mencarikan pekerjaan untuknya tapi dia
masih tidak mahu bekerja. Pihak keluarga
suami saya juga tidak pernah berusaha
untuk menasihatkan suami saya, mungkin
kerana saya bekerja.
|
| |
|
Saya
sangat berharap agar pihak Tuan/Puan dapat
membantu dari segi nasihat dan langkah-langkah
yang perlu diambil untuk mengatasi masalah
ini.
|
|
Sekian,
terima kasih. |
| |
|
|
Jawapan
: |
|
Sepatutnya
suami bertanggungjawab untuk mencari nafkah
untuk keluarga, namun apa yang berlaku
adalah sebaliknya. Jika Puan telah puas
menasihati suami dan suami tidak berubah
apa-apa, maka kami menasihatkan agar puan
dan suami mendapatkan khidmat nasihat
dan kaunseling dari pihak yang arif dalam
soal masalah rumahtangga.
Sila
hubungi Bahagian Perundangan Keluarga,
Jabatan Agama Islam Selangor di talian
03-55143472 / 03-55143439 atau 03-55143461.
|
|
2
|
(Klik
Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)
|
|
|
|
 |
|
|