Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Munakahat
Soalan 46
Soalan :
 
Assalamualaikum
 
1.
Apakah hukum sekiranya saya sebagai seorang isteri kedua engkar untuk tinggal bersama isteri pertama kerana kegagalan suami tidak dapat menyediakan tempat tinggal untuk saya?
 
 
 
 
2.
Adakah haram sekiranya kami tinggal bersama tanpa rela hati dan bukan dengan izin tetapi terpaksa?
 
 
 
 
3.
Apakah hukum seorang suami yang memberi nafkah zahir terhadap isteri-isteri dan anak2 dengan duit pemberian daripada ibunya sedangkan dia seorang yang sihat walaifiat untuk membolehkan dia mencari nafkah sendiri? Dalam hal yang sedemikian, bolehkah seorang isteri meminta fasakh dan bagaimanakah caranya?
   
     
 
  Jawapan :
 
1.
Suami wajib menyediakan keperluan didalam umahtangga.Walaubagaimanapun kewajipan suami itu terletak kepada tahap kemampuannya. Lebih-lebih lagi hidup berpoligami. Suami sepatutnya bijak mengatur hal ehwal rumah tangga dari sudut emosi, spiritual dan ekonomi, dalam keluarga agar keadilan dapat dinikmati oleh isteri-isterinya.
 
 
 
 
2.
Soal haram tidak timbul dalam kes ini, memandangkan suami puan berkemungkinan tidak berkemampuan untuk menyediakan 2 kediaman untuk 2 isterinya. Sebagai isteri, puan sepatutnya bersyukur dan redha dengan kemampuan suami puan. Keikhlasan dan kejujuran amat penting di dalam mempertahankan kerukunan rumahtangga agar kasih sayang dapat dilentur dan kebahagiaan dapat dikongsi bersama.
 
 
 
 
3.
Suami sebagai ketua keluarga sepatutnya mencari rezeki yang halal untuk seisi keluarga, jika wang pemberian ikhlas dari ibunya, wang itu halal digunakan, manakala tanggungjawab mencari rezeki yang halal masih dipikul oleh suami dan jika masih tidak menampung perbelanjaan, si isteri boleh keluar bekerja dengan izin suami untuk membantu meringankan tugas suami.
   
     
 
Manakala soal fasakh dan caranya adalah lebih baik puan merujuk kepada Pejabat Agama Daerah yang berhampiran dengan puan di talian 55143400 (Talian umum JAIS). Puan boleh berhubung dengan Pegawai Khidmat Kaunseling di Ibu Pejabat untuk mendapatkan keterangan lanjut dan sekaligus mendapatkan khidmat nasihat yang bersesuaian dengan masalah rumahtangga puan di talian 55143461 / 55143460.
2

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)