Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Munakahat
Soalan 45
Soalan :
 

Assalammualaikum.

 
 
Saya mempunyai satu kemusykilan tentang hukum mengenai talak.
Jika seorang suami telah berkata ' jika kau keluar, jatuh talak satu' kepada isteri tetapi isteri itu tetap keluar dari pintu rumah.
 
Walau bagaimanapun, sebelum turun dari tangga apartment, si suami telah menarik isteri tersebut dan membawanya masuk semula ke rumah.
 
 
Keadaan suami semasa melafazkan talak itu adalah dalam keadaan yang mengantuk (waktu jam 1.30 pagi) dan sebagai ugutan supaya isterinya tidak keluar rumah. Isteri keluar kerana merajuk dengan sikap suaminya yang selalu pulang lewat.
 
 
Dan sebenarnya si isteri juga dalam waktu itu telah mengandung cuma belum diketahui dan belum disahkan oleh Dr.
 
 
Semoga tuan dapat menjawab soalan ini.
 
   
  Jawapan :
 
Jatuh talak, talak taklik dan ia tidak boleh ditarik balik walaupun dilafazkan ketika mengantuk. Persoalan isteri ditalak taklik ketika mengandung juga sah tetapi tempoh iddah lebih panjang iaitu selepas bersalin. Walaubagaimanapun jika ia talak pertama atau kedua boleh dirujuk kembali dalam iddah dengan persetujuan si isteri. Dan perlu didaftarkan di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran untuk mengelak berlaku perkara yang tidak diingini. Setiap penceraian dan rujuk semula mesti ada hitam putih bagi mengelakan kekeliruan dan salah faham.
 
  Pasangan ini perlu mendapatkan khidmat nasihat ditalian berikut : Bahagian Perundangan Keluarga 03-55143641 atau 03-55143460 untuk mendapatkan pandangan dan nasihat lebih lanjut.
2

(Klik Pada Menu Berdasarkan Kategori Di sebelah Kiri)