| |
Saya
telah 20 tahun bekeluarga dan mempunyai
anak, 2 lelaki dan 2 perempuan. Suami
saya telah melakukan sumbang mahram dengan
anak perempuan sulong dari kecil lagi
tanpa pengetahuan saya. Saya tahu perkara
ini 3 tahun yang lepas, tetapi demi kasih
dan sayang kepada beliau dan anak anak
tanpa bapa, saya memaafkan beliau dan
terus hidup sebagai suami isteri. Walau
bagaimanapun, perkara tersebut berulang
lagi dan saya memutuskan untuk berpisah
dengan dia tanpa memberi alasan sebenar
kepada jabatan agama. Saya sedang menunggu
perbicaraan dengan mahkamah syariah. Saya
teramat kesal , tertekan dan bersalah
dengan anak saya kerana mementingkan keperluan
saya daripada kejadian yang menimpa beliau. |