| |
Saya
mempunyai seorang kenalan. Baru-baru ini,
dia telah mengaku mengandung 3 bulan anak
luar nikah. Hasil perhubungan sulitnya
dengan teman lelakinya sendiri. Mereka
telah mengisafi perbuatannya. Tetapi,
dia dalam dilema samada ingin menggugurkan
kandungan tersebut atau tidak. Di samping
itu, dia juga mahukan kandungan tersebut.
Disebabkan masalah ini dan takut untuk
memberitahu kepada keluarga masing-masing,
dia telah meminta saya bertanya tentang
samada mereka perlu bernikah dahulu sebelum
mendaftarkan pernikahan. Padahal mereka
tidak pernah mengikuti khusus pra perkahwinan
dan menjalani ujian darah ? Saya ingin
pendapat daripada pihak jabatan agama
agar perkara ini tidak berlarutan dan
menjaga kebaikan kedua-dua pihak yang
telah mengakui kesalahan. |