Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Munakahat
Soalan 42
Soalan :
  Assalamualaikum.
 
saya mempunyi masalah dengan suami saya. dia seorang kaki pukul. dan saya selalu mengadu dengan seorg kawan baik (llelaki) sahaja. Segala masalah saya luahkan pada kawan saya. Pada hari yang sama suami telah berkata, " jika saya keluar dengan lelaki maka jatuh talak"
 
Soalan :
 
1.
Adakah saya jatuh talak ke atas saya kerana saya ada keluar dengan kawan baik saya.
 
   
 
Semasa edah, suami saya pergi ke pejabat agama islam dan mengatakan bahawa dia tidak mahu bercerai dengan saya. sewaktu itu saya tiada bersama dan tidak mengetahui mengenai niat dia.
 
   
  Soalan :
 
1.
Adakah saya masih sah sebagai isterinya @ sebaliknya?
   
 
2.
Sekiranya saya tidak mahu rujuk semula tetapi suami saya tidak mahu menandatangani surat penceraian, apakah yang harus saya lakukan.
   
  Jawapan :
 
1.
Untuk makluman puan, lafaz cerai secara taklik oleh suami akan gugur (jatuh talak) sekiranya isteri telah melanggar taklik tersebut. Dalam kes ini, gugurlah talak satu ke atas puan disebabkan pelanggaran taklik tersebut. Dalam kes ini, gugurlah talak satu ke atas puan disebabkan pelanggaran taklik tersebut. Walaubagaimanapun, mengikut pengamatan saya, perkara ini telah pun dirujuk kepada Pejabat Agama Islamn Daerah yang berhampiran.
 
 
2.
Puan tidak dianggap sebagai isteri yang sah kepada bekas suami.Walaubagaimanapun, Islam telah menetapkan bahawa bekas suami wajib memberi nafkah zahir yang sepatutnya dari bekas isteri selama dalam tempoh iddah (tiga kali suci) seperti rumah kediaman, makanan, pakaian, perubatan dan sebagainya. Di dalam tempoh iddah juga Puan boleh berbincang dengan bekas suami untuk membuat kata putus sama ada mahu hidup bersama semula (ruju') atau sebaliknya dan perkara ini hendaklah dirjuk kepada Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran.
 
 
3.
Berbincang secara baik dengan bekas suami Puan mengenai perkara ini dan Puan dinasihatkan merujuk perkara ini kepada Unit Khidmat Nasihat, Bahagian perundangan Keluarga di Pejabat Agamai Islam Daerah berhampiran
   

 

 

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)