|
|
|
|
| Soal
Jawab Agama Munakahat |
|
Soalan
41
|
| |
Soalan
: |
| |
Assalamualaikum. |
| |
| |
Saya
berumur 30 tahun dan telah berkahwin dengan
suami saya selama 7 tahun dan mempunyai
4 orang anak berumur diantara 5 bulan
dan 7 Tahun. Sejak 4 bulan kebelakangan
ini saya sering berselisih faham dengan
suami saya disebabkan suami saya bercinta
dengan pekerja praktikal di pejabatnya.
Budak perempuan itu telah menamatkan praktikal
di pejabat suami saya pada bulan mac yang
lalu. Saya tak pasti hubungan mereka masih
diteruskan atau tidak kerana selama 5
bulan ini suami saya sering menipu dan
tidak berlaku jujur kepada saya. Pada
8 mei 2006 yang lalu kami telah bergaduh
disebabkan saya telah menyorokkan kunci
rumah dan kunci kereta. Suami saya dalam
keadaan geram dan marah telah menyatakan
sekiranya pada jam 7.45 pagi saya tidak
memberi kunci, maka jatuhlah talak. Saya
berdegil dan tidak memberi kunci. Sekarang
penceraian kami telah disahkan oleh Hakim
mahkamah syariah PJ. Sejak dari hari kami
bercerai suami saya telah tidak tidur
dirumah lagi, tetapi dia akan balik rumah
setiap hari untuk bermain dengan anak.
Saya diberitahu bahawa dalam masa iddah
saya masih tetap isterinya dan saya perlu
patuh kepadanya sehingga habis iddah.
Saya serba salah sebab saya tak boleh
buat apa-apa tanpa pengetahuan suami saya
tetapi suami saya bebas berbuat apa saja
seperti Orang bujang. Saya tidak tahu
apa yang bermain dalam fikirannya samada
dia ada hasrat untuk rujuk ataupun tidak.
Pada pendapat tuan, adakah perlu saya
bertanya kepada suami saya mengenai rujuk?
Saya juga ingin tahu Hak-hak saya sewaktu
dalam iddah dan apakah Jenis-jenis iddah.
Terima kasih.
|
| |
|
| |
| Jawapan
: |
| |
1. |
Puan
boleh berbincang dengan suami mengenai
masa depan anak, jika terus
berpisah. Tidak jadi kesalahan jika puan
mencadangkan supaya berbaik semula dengan
suami. |
| |
|
| |
|
|
| |
2. |
Masa
dalam iddah, puan berhak makan, minum,
pakaian dan tempat tinggal
dari suami. Bagi iddah talak 3 berhak
tempat tinggal sahaja. |
| |
|
| |
|
|
| |
3.
|
Iddah
ada 2 jenis : |
| |
|
i.
|
Iddah
sebab bercerai hidup |
| |
|
ii. |
Iddah
sebab mati suami. |
|
2
|
(Klik
Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)
|
|
|
|
 |
|
|