Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Munakahat
Soalan 36
Soalan :
  Assalamualaikum
 
Suami saya adik beradiknya 3 orang dan semua lelaki. Apa yang sering menyebabkan saya berasa serba salah adalah setakat mana batas pergaulan yang dibenarkan dalam Islam di antara suami saya dan adik-adik iparnya. Suami saya seorang yang baik hati dan suka membantu. Contohnya jika adiknya tidak dapat mohon cuti sedangkan isterinya perlu'outstation' , biras saya pula minta suami saya menemani nya untuk satu perjalanan yang jauh. walaupun saya seorang yang rasional , namun bagi saya niat tidak menghalalkan cara. Niat baik untuk membantu itu tidak lah sehingga perlu menemani adik iparnya setiap kali suaminya tak dapat kelulusan cuti tambahn pula untuk menemani isteri adiknya pergi bekerja.
   
 
Namun apabila saya menyuarakannya kepada suami , beliau berkata saya tidak mengenalinya walaupun telah lama berkahwin dan menyebabkan hubungan saya dengan biras juga menjadi renggang. Seolah-olah saya cemburu tidak bertempat, bukan dia mahukan suami saya pun. Saya tersepit, dan tiada tempat nak mengadu. adakah saya patut merelakan semuanya ataupun sepatutnya saya lebih profesional dan membiarkan saja suami saya dengan kebaikkannya dan biras saya pula kini lebih banyak merujuk terus kepada suami saya dan kurang bercakap dengan saya kerana memikirkan saya ini berfikiran buruk terhadapnya. Adakah saya yang bersalah sehingga ianya menjejaskan hubungan baik saya dengan suami saya sendiri. Sekiranya saya bersalah, maka nasihatilah saya supaya saya redha dengan keadaan ini yang saya jangka akan terus berlarutan.
   
  Jawapan :
  1.
Batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim adalah perlu di jaga. Terutamanya dalam masalah aurat. Aurat hendaklah ditutup dengan sempurna kecuali muka dan tapak tangan.
   
     
 
  2.
Tindakan suami puan menemani biras perempuan dalam perjalanan jauh boleh mendatangkan berbagai perkara yang negative, apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan, maka yang ketiga adalah syaitan. Tindakan puan menegur dan menyuarakan perkara yang hak adalah betul. Puan janganlah berputus asa untuk menegur dan berdoa agar suami puan mendapat hidayah daripada Allah S.W.T..
   
2

(Klik Pada Menu Berdasarkan Kategori Di sebelah Kiri)