Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Munakahat
Soalan 35
Soalan :
 

Assalammualaikum.

Saya ingin bertanya...salahkah saya membantah arahan yang dikeluarkan oleh bapa mertua saya yang ingin kami sekeluarga duduk bersamanya pada hujung tahun ini.Untuk makluman tuan kami mempunyai rumah sendiri yang tidak jauh dari rumah beliau. Dulu kami pernah duduk dirumahnya dan banyak masalah yang timbul akibat sikap suka mengungkit bapa mertua saya ini. Jadi pada masa ini bila ada masa terluang kami akan menziarahi beliau 4-5 kali seminggu. Suami saya mempunyai 13 org adik beradik dan dia adalah anak yang ke 9. 5 orang diatas adalah perempuan dan baki adalah lelaki 5 orang dan perempuan .Salah seorang abangnya mengalami sakit mental yang tidak kuat akibat demam panas.Bapa mertua saya mengamanahkan suami saya menjaga abgnya lalu menyuruh kami berpindah duduk dirumahnya semula.Untuk pengetahuan tuan umur bapa mertua saya adalah dalam lingkungan 70an.
 
 
Dulu yang menyebabkan kami berpindah adalah kerana suami saya menjawab walaupun dengan cara yang baik lalu disebut anak derhaka walimal suami sayalah yang sering menjaga beliau.Ini menyebabkan kami berpindah dan bukan itu saja banyak perkara yang terpaksa kami lalui dek kerana sikap bapa mertua saya hingga saya pernah bergaduh dengan ibu saya gara-gara mulut bapa mertua saya.Tapi itu semua saya jadikan pengalaman hidup kerana saya tahu saya juga akan tua satu hari nanti.
   
 
Masalahnya sekarang dia sering bercerita dengan anak-anak yang lain dia mengamanahkan suami saya duduk dirumah itu walaupun dia telah tiada lagi didunia ini. Dan seperti biasa keluar cerita-cerita mereka yang tidak berpuas hati. Tetapi belum sempat kami duduk lain pula cerita bapa mertua saya ini. Sekejap dia berkata kami duduk free dia tanggung kecuali makan minum makanlah apa yang ada atau kami yang membeli tetapi sekarang ini sudah terbalik kami kena bayar itu ini. Macamana saya hendak duduk disitu. Teringat balik luka lama.Tapi suami saya sudah tak berani membantah dan menjawab takut dituduh anak derhaka lagi. Acapkali dia mengikut kata ayahnya tanpa memikirkan baik buruknya. Macam yang baru terjadi baru-baru ini dek kerana adiknya hilang motor bapanya menyuruh suami saya memberi motor itu pada adiknya dan dia bantu keluarkan duit sedikit untuk suami saya membeli motor terpakai lain. Saya pernah bercakap alang-alang nak beli belilah baru kerana kita tak mampu nak bayar kerosakkan yang akan terjadi nanti. Tapi jawapan yang diterima dia kata jangan campur urusan dia dengan ayahnya.Nah sekarang betul-betul motor yang baru dibeli itu dah menunjukkan taringnya dan selalu rosak memanjang. Untuk merepair aje dah menjangkau 200 sebulan.Saya jadi marah dengan suami saya dan mula membenci dengan sikap dia.Saya tak marah dia nak berbakti pada ayahnya tapi dia terlalu mengikut cakap membabi buta sahaja.Sekarang ni dia bercakap dengan saya nak duduk rumah ayah hujung tahun ini.kami bukan berpendapatan tinggi dan mempunyai anak seramai 3 orang yang mana memerlukan perbelanjaan yang besar.takan nak duduk disana makan percuma lambat laun pasti dikata orang. Saya pernah berkata dengan suami saya jalan penyelesaiannya suami duduk disana menjaga ayah dan ibunya tetapi saya tetap dirumah kami. Jika ada masa terluang kalau dia nak balik, baliklah.anak-anak kalau dia rasa nak bawa, saya tak kisah.
   
 
Jadi salahkah saya? derhaka ke saya?saya cuba berbincang tapi suami tak nak dengar.Saya minta ibu saya beri nasihat pada suami tetapi katanya ayah dia yang suruh dan dia tak mahu ingkar.Sampaikan hari minggu untuk bercuti pun saya terpaksa berebut suami dengan bapa mertua saya.
   
  Jawapan :
 
Saya faham yang puan ceritakan. Perkara seperti ini biasa berlaku dalam sebuah rumah tangga. Sebagai isteri, mestilah taat kepada suami dan hormati bapa mertua. Puan hendaklah menyesuaikan diri apabila berada dalam suasana seperti itu. Sifat sabar, timbangrasa, bertolak ansur dan sedia berkorban adalah antara sifat yang perlu ada kepada diri seseorang, apabila mereka hendak menjadikan rumah tangga kekal. Sifat keras hati, sombong, pemarah hendaklah dijauhi. Untuk menghormati orang tua, saya cadangkan puan mengikut kehendak suami, berpindah ke rumah mertua puan. Insyaallah ada hikmahnya. Janganlah bimbang, Allah sentiasa menyebelahi orang yang sabar.
2

(Klik Pada Menu Berdasarkan Kategori Di sebelah Kiri)