| |
Soalan
: |
| |
Assalammualaikum. |
| |
| |
Saya
ada sedikit kemusykilan di sini. Berhubung
dengan orang yang bernikah ketika mengandung
kandungan luar nikah.. adakah sah nikahnya..
Dan adakah benar. jika janin itu belum
membentuk manusia.. ianya boleh di binkan
kepada bapa luar nikahnya.. yakni org
yg berzina dgn ibunya sebelum nikah..bolehkan
pihak tuan terangkan secara terperinci
mengenai hukumnya. |
| |
|
| |
| |
ini
disebabkan saya ada terbaca sebuah artikel
mengenainya... |
| |
Ini
berdasarkan 'isyarat al-nas' drp ayat-ayat
berikut: |
| |
|
Ayat
15 Surah al-Ahqaf yg bermaksud, "Dan
Kami (Allah s.w.t.) telah berpesan kepada
manusia supaya berbuat ihsan kepada kedua
ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya
secara payah, dan melahirkannya secara
payah, (tempoh) kandungan dan penyusuan
selama tiga puluh bulan
" |
| |
|
Manakala
ayat 14 Surah Luqman pula bermaksud, "
dan
penyusuannya selama dua tahun
"
dan ayat 232 Surah al-baqarah yg bermaksud,
"Dan ibu-ibu yang menyusukan anak-anak
mereka selama genap dua tahun, iaitu bagi
sesiapa yang hendak menyempurnakan penyusuan
itu" |
| |
| |
Berdasarkan
ayat-ayat di atas, para ulama Islam yang
bijaksana lagi memahami al-Quran telah
merumuskan bahawa tempoh kandungan yg
minima (paling pendek) ialah selama enam
bulan Hijriah. Ini kerana Al-Ahqaf: 15
menyatakan tempoh kandungan beserta penyusuan
ialah 30 bulan (perkiraan bulan dlm al-Quran
adalah berdasarkan Qamariah/Hijriah),
manakala al-Baqarah: 232 dan Luqman: 14
pula menyatakan tempoh penyusuan yang
lengkap ialah 24 bulan. (30 - 24 = 6),
maka tempoh 6 bulan yg tinggal itu ialah
utk usia kandungan yg minima, walaupun
kebiasaan tempoh hamil ialah lebih kurang
9 bulan. |
| |
| |
Berdasarkan
inilah, maka anak yang dilahirkan selepas
6 bulan Hijriah ibunya bernikah, adalah
dikira anak yang sah dan dibinkan kepada
bapanya yang telah bernikah secara sah
dgn ibunya, walaupun umum mengetahui si
ibu itu telah berzina dan telah hamil
semasa akad nikah diadakan. Maka sesiapa
yang menuduh anak itu sebagai anak haram,
maka si penuduh layak dikenakan Had al-Qazaf
(jenayah menuduh zina tanpa saksi) sebanyak
80 sebatan (berdasarkan Surah al-Nur:
4). |
| |
| |
Sebaliknya,
jika usia kandungan itu tak cukup enam bulan
Hijriah selepas nikah yang sah, maka adalah
HARAM membinkan anak itu kepada lelaki yg
dinikahi oleh ibunya secara sah semasa sedang
hamil zina itu. |
| |
|
| |
| |
Jawapan
: |
| |
1. |
Hukum
nikah dengan perempuan yang sedang mengandung
anak luar
nikah adalah sah (iaitu mesti cukup rukun
dan syarat nikah), sama ada lelaki yang
menikah itu si penzina atau lelaki lain. |
| |
|
| |
2. |
masalah
sama ada boleh atau tidak anak luar nikah
itu dibinkan dengan
bapanya (yang dinikahi secara sah selepas
zina) adalah bergantung pada tempoh usia
kandungan selepas dinikahi. |
| |
|
| |
3. |
Sekiranya
usia kandungan adalah melebihi tempoh
6 bulan (mengikutperkiraan
kalendar hijriah) selepas dinikahi maka
boleh dibinkan anak yang lahir itu kepada
suaminya yang sah. |
| |
|
| |
4. |
Sekiranya
usia kandungan adalah tidak sampai enam
bulan hijriah selepas
akad yang sah, maka haram membinkan anak
itu kepada lelaki yang menjadi suami kepada
ibunya. |
| |
|
| |
5. |
Sebagai
contoh: Bedah telah melakukan zina dengan
Bedul lalu hamil.
Semasa usia kandungnya tiga bulan hijriah,
Bedah bernikah dengan Bedul atau lelaki
lain enam bulan sepuluh hari selepas nikah,
Bedah bersalin hasil perzinaan dengan
Bedul lebih bulan sembilan bulan yang
lalu. Walaupun anak itu sebenarnya hasil
zina atas dasar Husnuz Zan (berbaik sangka)
maka syariat itu membenarkan anak itu
dibinkan kepada Bedul atau lelaki lain
yang telah berkahwin secara sah. |
| |
|
| |
| |
|
Walaubagaimanapun
jika anak itu perempuan, yang menjadi
pokok persoalannya ialah bila ia dewasa
kelak, ibunya hendaklah berterus terang
bahawa ia anak luar nikah dan tidak boleh
berwalikan bapanya; anak itu berwalikan
hakim ( imam jurunikah) tidak sah nikah
jika anak zina berwalikan bapanya. |