Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Munakahat
Soalan 33
Soalan :
 

Assalammualaikum.

 
 
Saya ada seorang teman wanita yang merupakan sepupu dua kali kepada ibu saya. Bermaksud ibunya dan nenek saya bersepupu sekali. Mengikut nenek teman wanita saya tersebut (makcik bongsu kepada nenek saya), perhubungan kami adalah tidak dibenarkan melainkan saya perempuan dan teman saya itu lelaki. Tidak pasti jika ia hanya sekadar adat lama (Melayu Sarawak) atau sebaliknya. Mohon ustaz/ustazah dapat berikan panduan dan pandangan. Terima kasih.
   
 
  Jawapan :
 
Jika encik hendak mengahwini wanita yang encik maksudkan tiada halangan memandangkan hubungan kekeluargaan itu telah jelas. Namun jika merujuk kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Negeri Selangor 2003 ;
Pertalian yang melarang perkahwinan ;
   
 
a.
ibunya atau bapanya.
 
b.
neneknya atau datuknya hingga ke atas, sama ada dari sebelah bapa atau dari sebelah ibu.
 
 
c.
Anak perempuan atau anak lelaki dan cucu perempuan atau cucu lelakinya hingga ke bawah.
 
 
d.
Saudara perempuan atau anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa, saudara perempuan atau saudara lelaki sebaya dan saudara perempuan atau saudara lelaki seibu.
 
 
e.
Anak perempuan atau anak lelaki kepada saudara lelaki atau saudara perempuan hingga ke bawah.
 
 
f.
Ibu saudara atau bapa saudara sebelah ibunya hingga ke atas.
 
g.
Ibu saudara atau bapa saudara sebelah bapa hingga ke atas.
2

(Klik Pada Menu Berdasarkan Kategori Di sebelah Kiri)