Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Munakahat
Soalan 30
Soalan :
 
Assalamualaikum Dato' Mufti. Saya ingin bertanya, Apakah boleh saya lakukan apabila saya berada dalam keadaan was-was contohnya masalah saya ialah saya tertanya adakah saya ada melafazkan cerai kepada isteri saya.
   
 
Adakah ada didalam Islam kaedah yang boleh digunakan ketika kita menghadapi rasa was-was seperti di atas?. Saya amat tertekan dengan masalah ini dan berharap Dato' Mufti dapat membantu saya.sekian terima kasih.
   
  Jawapan :
 

Waalaikumussalam,
Hadis nabi berbunyi : "Was-was itu daripada syaitan"

Was-was adalah mainan syaitan. Syaitan sentiasa ingin merosakkan amalan umat Nabi Muhammad yang beriman. Sekiranya saudara sentiasa dibelenggu perasaan was-was, maka selalulah mengucapkan ta'awuz. Dan jangan melayan perasaan was-was tersebut. Bawalah mengingati Allah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

2

 

 

(Klik Pada Menu Berdasarkan Kategori Di sebelah Kiri)