Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Munakahat
Soalan 29
Soalan :
 
Assalammualaikum.
Saya ingin minta bantuan dan pandangan bagi menyelesaikan masalah yang sedang saya hadapi sekarang ini.
 
 
Pada 06.04.2003, saya telah bernikah dengan seorang pemuda di Gopeng, Perak kerana saya ialah isteri ke-duanya. Kami berbuat demikian kerana perhubungan kami tidak dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Setelah setahun bernikah, saya melahirkan seorang anak. Pada tahun kedua pula, si suami telah menceraikan saya melalui surat. Apabila saya pergi untuk ke Pejabat Agama Islam Kuantan untuk melaporkan penceraian, saya diberitahu bahawa surat nikah saya tidak diiktiraf dan penceraian tidak boleh difailkan dan saya diminta untuk rujuk kes saya di Pejabat Agama Islam di Perak.
 
 
 
Setelah merujuk kepada kes saya di Pejabat Agama Islam di Perak, lagi sekali saya dimaklumkan bahawa surat nikah saya tidak diiktiraf kerana jurunikah yang menikahkan kami tidak diiftiraf oleh Kerajaan Negeri Perak. Saya juga diberitahu bahawa Pihak Pejabat Agama Islam Perak tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.
   
   
  Masalah saya sekarang ini ialah:-
 
1.
BAGAIMANA UNTUK SAYA MENYELESAIKAN PENCERAIAN YANG BERLAKU ANTARA SAYA DENGAN PEMUDA TERSEBUT?
 
2.
SEKIRANYA SAYA TIDAK MEMPUNYAI SURAT PENCERAIAN BAGAIMANA DENGAN MASA DEPAN SAYA DAN ANAK SAYA?
 
3.
APAKAH STATUS SAYA SEKARANG INI?
   
 
Saya tidak tahu lagi ke mana harus saya minta bantuan untuk menyelesaikan masalah ini.Tolong Bantu saya
   
  Jawapan :
 
1.
Puan diminta datang ke Pejabat Agama dimana puan tinggal sekarang.
 
 
2.
Daftarkan pernikahan puan untuk memastikan pernikahan puan sah atau tidak.
 
 
3.
Daripada pendaftaran nikah itu, puan dapat mengetahui status perkahwinan puan, kedudukan surat perceraian dan status anak puan.
2

(Klik Pada Menu Berdasarkan Kategori Di sebelah Kiri)