Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Munakahat
Soalan 28
Soalan :
 
Assalamualaikum....

Tuan,
Disini saya ada beberapa soalan yang memerlukan penjelasan dari pihak tuan. Abang saya dan isterinya sering bergaduh.
   
 
1.
Dalam bulan Ogos 2005 Abang saya pernah memberitahu abang ipar saya dan juga abang saya yang tua bahawa dia akan lepaskan isterinya apabila rumah yang sedang dibaikinya itu sudah siap dan selesa untuk didiami oleh isteri dan anak-anaknya (ketika itu abang saya sedang memasang lantai mozek dirumah. Katanya apabila lantai didapur sudah siap dipasang bermakna proses membaiki rumah itu sudah siap). Kini rumah itu telah pun siap pada awal Januari 2006..Adakah jatuh talak apabila rumah itu sudah siap?
   
 
2.
Sebelum rumah itu siap iaitu pada 11 September abang saya dan isterinya bergaduh sehinggalah terkeluar perkataan "AKU DAN KAU SUDAH TIADA APA-APA HUBUNGAN LAGI"..Kes ini sudah pun diselesaikan di mahkamah pada bulan Disember 2005 dan telah jatuh talak satu. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman berdasarkan kata-kata "AKU DAN KAU SUDAH TIADA APA_APA HUBUNGAN LAGI." Bagaimana pula dengan kata-kata yang dilafazkan bahawa dia akan tinggalkan isterinya bila rumah sudah siap? Akhirnya mereka rujuk semula tetapi mereka tidak rujuk melalui pejabat agama. Mereka tidak mendaftarkan rujuk mereka di pejabat agama. Adakah rujuk mereka itu sah?
 
 
 
 
 
 
 
   
 
3.
 
Isteri abang saya pernah menghina keluarga saya iaitu keluarga suaminya dengan mengatakan bahawa suaminya berketurunan pelacur sundal dan berketurunan tidak baik....Apakah hukumnya? Saya ada terdengar orang bercerita tetapi tidak pasti bahawa...apabila seorang isteri atau suami menghina keturunan maka akan jatuh talak dengan sendirinya..Adakah itu betul?
 
 
 
   
 
Saya harap pihak tuan dapat membantu saya secepat mungkin kerana saya tidak mahu abang saya terus tinggal dalam keraguan mengenai status dia dan isterinya. Abang saya takut hendak ke pejabat agama kerana dia takut jika lafaz yang dilafazkannya akan menyebabkan terjatuh talak tiga..
   
  Jawapan :
 
1.
Taklik tersebut boleh menjatuhkan talak pasangan suami isteri apabila telah siap rumah yang dibina.
 
 
2.
Tidak jatuh talak kepada kes pertama kerana telah berlaku perceraian lafaz kinayah terlebih dahulu sebelum taklik siap rumah.
 
 
3.
Rujuk sah, dinasihatkan agar didaftarkan di pejabat agama daerah supaya ia dapat direkodkan bilangan cerai dan rujuk. Sebagai peraturan di Jabatan Agama.
 
 
4.
Soalan ketiga tidak jatuh talak tetapi perempuan itu bersifat nusyuz kerana menghina suami dan keluarga suami dan suami disifatkan sebagai dayus jika tidak memberi perhatian. Dinasihatkan agar pasangan suami isteri pergi ke pajabat agama yang berdekatan untuk mendapatkan penjelasan atau kaunseling.
2

(Klik Pada Menu Berdasarkan Kategori Di sebelah Kiri)