Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Munakahat
Soalan 25
Soalan :
 
Assalamualaikum,
Disini saya ingin bertanya pada pihak JAIS akan cara sebenarnya akad nikah dijalankan kerana ini amat berbeza sekali pada apa yang berlaku kepada saya seminggu yang lepas oleh Jurunikah di Bukit Sentosa, Rawang. Selangor dan apa yang telah saya diberitahu oleh Ustaz - Ustaz pada kursus Perkhawinan di Masjid Shah Alam.
 
 
Pada mulanya cara Jurunikah tersebut suka menyergah-yergah dan menasihati saya dengan cara yang boleh dikatakan kasar. Setelah saya berjaya menjawab semua soalan, Jurunikah ini telah memulakan akad nikah dan disinilah bermula kekeliruan yang saya nyatakan tadi. Saya tidak melafazkan akad nikah dengan satu nafas dan telah berhenti seketika selepas sebutan "mas kahwin" dan menyambung-nya kembali "lapan puluh ringgit tunai". Tetapi si Jurunikah tidak menerimanya dan menyuruh saya mengulangnya semula dan pada kali kedua setelah mengetahui beliau mahukan dengan satu nafas. Jadi saya pun melakukannya dengan satu nafas tetapi masih tidak diterimanya sehingga kali keempat barulah beliau menerima.
 
 
Saya hampir mahu bertikam lidah dengannya kerana setahu saya lafaz ini tidak memerlukan satu nafas mengikut hukum syarak kerana ini yang telah diberitahu kepada saya dan isteri saya pada hari kursus perkahwinan oleh Pejabat Agama Islam Daerah di Masjid Shah Alam.
 
 
Diharapkan perkara seperti ini tidak berlaku lagi dan semua Jurunikah di seluruh negeri Selangor mengetahui dan mematuhi undang-undang Nikah yang sama terutama jurunikah di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Kubu Bharu.
 
 
Semoga JAIS dapat mengambil tindakan yang sewajarnya keatas mereka yang menyusahkan perkara yang suci dan mulia seperti Akad Nikah ini. Perkara ini juga akan saya ajukan kepada Jabatan Perdana Menteri supaya tindakan susulan dapat dibuat bersama.
 
 
Jawapan :
 
Persoalan ini akan pihak kami panjangkan ke Bahagian Perundangan Keluarga ataupun pihak tuan juga boleh menghantar kemusykilan ini ke laman web Jabatan Agama Islam di info@jais.net.my.
2

(Klik Pada Menu Berdasarkan Kategori Di sebelah Kiri)