| |
Assalamualaikum,
Saya
ingin bertanya hukumnya seorang suami
yang lebih pentingkan keluarganya (termasuk
kakak yang sudah berkahwin, adik yang
masih bujang tetapi bekerja) dan bapa
yang sentiasa ingin hidup mewah. Maksud
saya, bapa masih kuat untuk berkerja tetapi
malas bekerja hanya ingin bergaya cara
orang kaya (pakai kereta dan barang-barang
berjenama, bermain golf, bergaul dengan
orang kaya, makan tempat mewah dan tidak
pedulikan soal agama). Kakak pula mempunyai
suami yg malas bekerja tetapi suami saya
membantu mereka dengan alasan kasihan
tetapi tidak pula ingin memberi nasihat.
Adik ipar pun suami ingin membantu padahal
masih bujang dan sudah berkerja dengan
alasan dia sayangkan adiknya.
Saya
tidak kisah jika suami mampu dan bersikap
adil dgn saya. Saya langsung tidak dipedulikan
keperluan saya. Padahal saya berkerja
begitu teruk, ulang alik setiap hari 3
1/2 jam perjalanan, 4 jenis kenderan perlu
ditukar utk ke tempat kerja, perlu naik
tangga hampir 500 anak tangga setiap hari
dan berjalan kaki untuk ke stesen berdekatan.
Duit gaji hampir 75% perlu diberi kepada
dia. Apa yang saya dapat hanya untuk bayar
tambang dan makan saja. Saya betul-betul
rasa tertekan. Saya selalu bergaduh pasal
keluarganya saja. Tolong jelaskan.
|