| Assalamualaikum..
Saya
memerlukan bantuan Tuan untuk menyelesaikan
masalah saya
saya harap tuan dapat
memberikan jawapannya.
Suami
saya telah dipaksa oleh teman wanitanya
untuk menceraikan saya
dan suami
saya telah menghantar email kepada teman
wanitanya yang berbunyi, "Jika saya
mengambil isteri saya dari kampung dan
tinggal bersama saya maka jatuhlah talak
satu"..dan seminggu selepas itu suami
saya telah mengambil saya dari kampung,
Adakah jatuh talak yg dimaksudkan? Bolehkan
lafaz talak itu ditarik balik? Sekarang
kami masih lagi tinggal bersama kerana
suami saya kata dia melafazkannya tanpa
niat.
Saya
harap tuan dapat memberikan jawapannya
dengan membalas email ini. Jika jatuh
talak, apakah jenis talak itu.
|