Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Munakahat
Soalan 21
Soalan :
  Assalamualakum..
Berikut pertanyaan saya : -
 
 
i.
Semasa berada di kawasan R&R diperhentian lebuhraya, saya ada berkata pada isteri saya yang kita berpisah disini, bermaksud dia pergi ke tandas perempuan disebelah kanan dan saya pergi sebelah kiri tandas lelaki. Saya tak terlintas membawa maksud cerai. Hanya berpisah untuk ke tandas sahaja.
 
 
 
ii.
Saya pernah berkata "kita tak lagi bersama" bermaksud saya ulang perkataan yang pernah disebut oleh isteri saya semasa bercinta dahulu di mana dia pernah minta putus.Saya sebut tu untuk tujuan gurau senda atau perli yang sebelum berkahwin dia (Semasa Jadi Kekasih) ada sebut ayat itu.Bukan maksud atau niat Cerai saya berkata begitu.
   
   
 
iii.
Semasa menonton drama swasta,, saya berkata watak lelak ini akan kata "aku ceraikan kau" sebab saya dah pernah tonton cerita ini dan tahu skrip dan tidak pernah terniat kata begitu pada isteri saya. Saya cuma berkata demikian apa yang pelakon lelaki itu ingin berkata sebentar lagi. Dan Saya berkata pada isteri, Dia ada dengar tak apa yang saya kata tadi, Dia kata tak.
 
     
 
Segala perkataan di atas langsung tiada niat untuk menceraikan isteri saya.
Atau boleh bagi no telefon ustaz untuk saya berhubung
   
  Jawapan :
 
Tuan dan isteri tuan masih lagi suami isteri yang sah. Perkataan cerai itu bukan ditujukan kepada isteri. Tuan diharapkan tidak bergurau seperti diatas bagi meng-elakkan kesilapan yang membawa cerai.
2

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)