Saya
ada satu pertanyaan dan berharap pihak
tuan dapat memperjelaskan kepada saya.
Saya
ada seorang kawan perempuan. Beliau menceritakan
bahawa dia sekarang bersekedudukan dengan
seorang lelaki yang bukan muhrim dan bukan
suaminya yang sah. Katanya, beliau tidak
dapat melarikan diri dari 'teman lelaki'nya
itu dan telah tinggal bersama selama hampir
setahun. Memang beliau tidak berapa suka
kepada lelaki terbabit, pemandu teksi
yang juga seorang penagih dadah. tetapi
disebabkan ugutan yang diterima dan juga
penderaan yang dilakukan oleh lelaki terbabit,
beliau berasa takut untuk lari. Untuk
pengetahuan tuan, rumah itu adalah milik
kawan saya yang dibeli.
Saya
telah menasihatkan kawan saya beberapa
kali agar lari dari lelaki tersebut
dan tinggal di rumah ibubapanya. Kawan
saya pernah melakukan demikian tetapi
lelaki tersebut pergi ke pejabat dan
memaki hamun, memukul serta memaksa
kawan saya pulang bersamanya. Lelaki
itu juga mengugut jika kawan saya itu
mengulangi perbuatannya, dia akan bertindak
lebih ganas. Yang peliknya, walaupun
setelah dipukul, kawan saya ini masih
belum dapat melakukan apa-apa. Dia memberitahu
saya bahawa dia masih ada perasaan sayang
kepada lelaki tersebut. Ibubapa kawan
saya tidak tahu tentang anaknya yang
tinggal bersekedudukan dengan lelaki
bukan suami.
Saya
ingin mendapatkan pendapat tuan, apakah
yang saya harus lakukan untuk membetulkan
keadaan dan menyelamatkan kawan saya ini.
Saya pernah terfikir
untuk melaporkannya kepada JAIS supaya
intipan dan tangkapan dapat dibuat.
Niat saya dengan cara begini, mereka
akan sedar dan akan bernikah secara
sah, dan dengan harapan lelaki tersebut
dapat berubah setelah berkahwin. Tapi
saya ragu-ragu. Adakah tindakan saya
itu betul dan tidak termasuk dalam kategori
penganiayaan terhadap sesama manusia.