Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Munakahat
Soalan 19
Soalan :
  Tuan,

Dewasa ini pengambilan pembantu rumah dari Indonesia amatlah biasa dan lumrah di Malaysia. Saya juga tidak terlepas bagi mendapatkan perkhidmatan seorang untuk menjaga anak saya kerana kami suami isteri bekerja.

Persoalan saya disini,

1.
Bagaimana kedudukan mahram dan aurat disini?
2.
Ketika isteri saya bekerja, kadangkala saya berada dirumah, adakah boleh disabitkan dengan kesalahan berkhalwat?
   
  Jawapan :
 
i.
Hubungan di antara majikan lelaki dan pembantu rumahnya adalah bukan mahram dan mereka wajib menutup aurat sebagaimana yang diperintahkan di dalam Islam.
   
     
 
ii.
Tangkapan akan dibuat sekiranya terdapat aduan dari orang ramai dan mempunyai bukti-bukti kukuh yang boleh mensabitkan seseorang dengan kesalahan berkhalwat. Dalam kes ini, Encik diingatkan agar sentiasa berhati-hati meman-dangkan anak Encik masih terlalu kecil untuk dijadikan saksi sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku.
   
2

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)