|
|
|
|
| Soal
Jawab Agama Munakahat |
|
Soalan
15
|
|
|
Soalan
: |
| |
Assalamualaikum
|
| |
| |
Saya
ada beberapa persoalan: |
| |
| |
1.
|
Saya
seorang isteri yang bekerja dan mempunyai
pendapatan tetap, saya terpaksa membayar
sewa rumah, upah jaga anak dan pelbagai
hutang memandangkan suami tak mampu dan
pendapatan tak menentu. Masalahnya, bila
suami ada sedikit pendapatan, dia banyak
gunakan wang tersebut untuk diberikan
kepada ahli keluarganya, langsung tak
diberi pada isteri. Sedangkan isteri membelanjakan
hampir RM 1800 untuk menjelaskan perbelanjaan
dan perlu berjimat untuk makan dan barang
keperluan sendiri. Apakah hak isteri disini?.
|
| |
|
|
| |
2.
|
Keadaan
diatas berlarutan sepanjang 3 tahun dan
kini memiliki 2 orang anak. Balik kampung
pula memerlukan sekurang-kurangnya RM
300. Keadaan ini menyusahkan saya hingga
kadang-kadang saya terpaksa berhutang.
Salahkan si isteri, jika mengenakan syarat
balik kampung suami, suami yang sediakan
wang belanja dan balik kampung isteri
pula isteri yang keluar belanja? Saya
mensyaratkan begini kerana tak sanggup
lagi menanggung kos kami sekeluarga dan
kos balik kampung kedua-dua pihak. Saya
tak mampu.
|
| |
|
|
| |
3.
|
Dalam
keadaan suami tak berkemampuan beri nafkah,
siapakah yang lebih layak dapat nafkah,
isteri
dan anak-anak atau keluarganya.
|
| |
|
| |
|
|
| |
Jawapan
: |
| |
1.
|
Dalam
kes ini, hak seorang isteri adalah untuk
mendapat nafkah samaada secara zahir ataupun
batin. Suami wajib memberi nafkah kepada
isteri dan anak-anak dengan menyediakan
keperluan-keperluan asas seperti makanan,
pakaian, rumah kediaman dan sebagainya.
Kewajipan memberi nafkah ini perlu diutamakan
berbanding perkara-perkara lain seperti
puan nyatakan. Memberi nafkah juga wajib
di tunaikan oleh suami walaupun isteri
bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.
Dalam hal ini, suami puan boleh menghulurkan
bantuan kewangan mengikut kemampuan kepada
ahli keluarganya sekiranya semua keperluan
nafkah seperti yang telah saya nyatakan
di atas dipenuhi.
|
| |
|
|
| |
2.
|
Untuk
soalan kedua pula, tidak menjadi kesalahan
jika puan meletakkan syarat sedemikiansekiranya
puan mempunyai sebab yang munasabah. Adalah
elok sekiranya puan dapat berbincang dengan
suami puan tentang perkara ini dan carilah
jalan penyelesaian yang boleh diterima
oleh kedua-dua belah pihak tanpa menimbulkan
perbalahan sesama sendiri.
|
| |
|
|
| |
3.
|
Untuk
soalan ketiga pula, saya kita telah terjawab
dalam soalan pertama di atas. Cuma apayang
hendak saya nyatakan disini, suami wajib
menyediakan nafkah mengikut kemampuannya.
Sebagai seorang isteri yang mempunyai
pendapatan sendiri, puan boleh menggunakan
budi bicara dalam membantu suami dari
segi kewangan dengan syarat bukanlah semua
bebanan tanggungjawab tersebut diletakkan
di atas bahu puan sepenuhnya. Jika terdapat
sebarang masalah dalam kehidupan berumahtangga,
berbincanglah dan carilah jalan penyelesaian
dengan sebaik-baiknya.
|
| |
|
|
2
|
(Klik
Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)
|
|
|
|
 |
|
|