|
|
|
|
| Soal
Jawab Agama Munakahat |
|
Soalan
14
|
|
|
Soalan
: |
| |
Tuan
|
| |
Saya
sudah berkahwin dengan suami saya sekarang
selama 10 tahun dan kami mempunyai saorang
anak lelaki berumur 7 tahun.
Masalah
saya, akhir-akhir ini suami saya ada mempunyai
hubungan dengan wanita lain dan mereka
bercadang hendak bernikah hujung tahun
ini. Suami saya telah mempraktikkan tentang
'giliran' saya dengan wanita itu, katanya
supaya saya biasa dengan poligami. Contohnya
dia akan berada dirumah bersama saya selama
3 malam dan akan bermalam di rumah perempuan
itu selama 2 malam. Begitulah seterusnya.
Ia telah menceraikan saya sebanyak 2 kali.
Cerai
pertama ialah pada 17 March 2004 yang
mana dia telah merujuk saya. Cerai kedua
berlaku pada bulan May 2005 yang mana
dia telah merujuk saya juga. Lafaz untuk
penceraian kedua dilakukan melalui telefon
"I Cerai You lah".
Sebelum sempat dia merujuk saya dia juga
telah melafazkan cerai kali ketiga untuk
saya. Pada waktu itu dia di dalam keadaan
marah dan tidak tenteram fikiran.
|
| |
| |
|
| Soalan
saya:
|
| |
1.
|
Patutkah
saya membuat laporan di Jabatan Agama Islam
kerana dia telah mendera mental saya?. |
| |
| |
2.
|
Jatuhkah
talak terhadap perceraian kali kedua dan
ketiga itu?. |
| |
| |
3.
|
Apakah
hak saya jika perceraian itu sah dan apakah
langkah pertama yang patut saya lakukan?.
|
| |
|
|
| |
Jawapan
:
|
| |
1.
|
Ya. |
| |
| |
2.
|
Perlu
buat aduan ke Pejabat Agama Islam Daerah
yang berhampiran dengan tempat tinggal
atau sila berhubung
dengan Bahagian Perundangan Keluarga Tingkat
4, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris
Shah, Persiaran Masjid Negeri, 40000 Shah
ALam. No. Tel : 03-55143461 (Ustazah Jamilah),
03-55143460 (Ustaz Suhaini bin Ahmad Wakid).
|
| |
| |
3.
|
Jika
perceraian itu sah, puan boleh menuntut
mut'ah (pemberian saguhati daripada pihak
suami kepada
pihak isteri jika perceraian itu dilakukan
tanpa sebab yang munasabah mengikut hukum
syara') Selain itu, puan juga boleh menuntut
nafkah iddah, hak tempat tinggal, nafkah
anak, hadhanah (penjagaan anak) dan harta
sepencarian.
|
| |
|
|
2
|
(Klik
Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)
|
|
|
|
 |
|
|