Saya
berasal dari Pekan, Pahang dan sekarang
menetap di Shah Alam kerana bekerja
di sini saya ada kemusykilan mengenai
status pernikahan saya.
Saya
harap pihak tuan sudi memberikan pandangan
dan penjelasan terhadap kes saya ini.
Saya dinikahkan secara sindiket di Kuantan,
Pahang pada bulan Febuari 2001. tetapi
selepas dari itu saya berpisah dengan
pihak lelaki kerana tentangan dari pihak
keluarga. untuk pengetahuan pihak tuan
semasa kejadian pernikahan itu saya
tidak tahu menahu siapa tok kadi dan
wali yang disebutkan memandangkan wali
sebenar saya masih ada dan tidak tahu
menahu kejadian itu dan samada tok kadi
yang menikahkan kami adalah palsu atau
benar.
Saya
sebenarnya tidak bersetuju dengan pernikahan
ini tetapi dipaksa memandangkan dia
mengugut saya untuk memburuk-burukkan
nama saya dan keluarga dan juga dia
sanggup melakukan sesuatu yang kejam
sekiranya saya tidak menuruti kehendaknya.
Sekarang
sudah hampir 4 tahun berlalu tapi dia
masih mengganggu dan mencerobohi privasi
hidup saya. Dia sering menyebarkan berita-berita
buruk mengenai saya.
Apa
yang menjadi kemusykilan pada saya adalah
adakah saya ini sah berstatus isteri
atau sebaliknya?. Memandangkan wali
sebenar saya masih ada dan tidak tahu
kejadian ini dan juga kejadian pernikahan
itu berlaku di dalam negeri Pahang iaitu
masih berdekatan dengan tempat tinggal
saya.
Untuk
pengetahuan pihak tuan, dia telah mendapatkan
satu salinan surat pernikahan dari Thailand
dan dia meniru tandatangan saya. Dengan
surat itulah dia jadikan bukti bahawa
kami telah sah bernikah. Bersama-sama
ini juga saya lampirkan salinan pengaduan
saya pada Jabatan Agama Islam Pekan.
Saya amat berharap pihak tuan dapat
menyelesaikan kes saya ini dan memberikan
pandangan dan pendapat agar saya bebas
dari masalah ini.
Kerjasama
dari pihak tuan amatlah saya hargai.