Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Munakahat
Soalan 12
Soalan :
 

Saya bercadang untuk mendirikan rumah tangga dengan warga negara Jerman. Saya ingin mendapatkan beberapa kepastian, kami ingin menjalankan perkahwinan ini di German, menurut undang-undang sivil Germany, saya memerlukan surat taraf mastautin, bolehkah saya mendapatkan surat ini di JAIS dalam bahasa Inggeris?

Kami akan mengadakan akad nikah di Germany, ayah saya tidak dapat menghadirkan diri tapi akan mewakilkannya kepada seseorang. Adakah sah jika wali saya mewakilkan dirinya kepada rakan bakal suami saya di German yang beragama Islam atau pun pada imam di masjid itu sendiri?

Adakah saya perlu mendapatkan kebenaran dari JAIS untuk perkahwinan kami di German? Terima kasih di atas pertolongan tuan.

 
 
   
  Jawapan :
 
1.
Boleh, surat mastautin dalam Bahasa Inggeris boleh diperolehi dari JAIS, sila berhubung dengan Bahagian Perundangan Keluarga Tingkat 4, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid Negeri, 40000 Shah Alam. No. Tel : 03-55143461 (Ustazah Jamilah), 03-55143460 (Ustaz Suhaini bin Ahmad Wakid)
 
 
 
2.
Sah dan perlu perolehi surat wakalah dari JAIS seperti alamat dan telefon yang tertera di atas.
2

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)