|
Faedah-
faedah yang diambil oleh penyimpan dari
bank konvensional adalah riba yang
hukumnya haram. Riba ialah setiap pertambahan
yang disyaratkan keatas modal iaitu apa
yang diperolehi bukan melalui perniagaan
atau sebarang usaha, sebagai tambahan
keatas modal.
Oleh
itu Allah S.W.T berfirman: Wahai
orang-orang yang beriman! Patuhlah kamu
kepada Allah dan tinggalkanlah sisa-sisa
riba, kalau kamu betul-betul orang yang
beriman (278 Surat Al Baqarah).
Faedah-
faedah tambahan kepada modal diperolehi
tanpa sebarang perkongsian, usaha, mudharabah
atau sebagainya, dikatakan riba.
Islam
tidak mengharuskan sesiapa untuk mempertaruhkan
modal dan kemudian mengambil keuntungan
yang telahpun ditetapkan. Sekalipun dia
ahli kongsi yang sebenar, dia wajar menanggung
bukan sahaja keuntungan, malah kerugian
juga. Jika untungnya sedikit, dia berkongsi
pada yang sedikit dan jika untungnya banyak,
dia berkongsi yang banyak dan jika dia
rugi, dia tidak berhak mendapat apa-apa.
Inilah erti sebenar perkongsian.
Faedah
bank itu tidak halal untuknya dan tidak
harus mengambilnya. Dia juga tidak boleh
menilainya untuk dizakatkan bersama wangnya
yang lain yang disimpan di bank. Faedah
ini haram, bukan miliknya dan bukan milik
bank sendiri. Benda yang haram tidak boleh
dimiliki. Haruslah baginya mengambil dan
memberi kepada projek sukarela dan sebagainya
yang dirasakannya dapat memberi kebaikan
atau maslahah kepada semua makhluk Allah
seperti jambatan, tandas awam dan perhentian
bas.
Harta
yang haram bukanlah milik sesiapa. Faedahnya
pula bukan menjadi milik bank ataupun
penyimpan, sebaliknya hendaklah ia menjadi
milik kepada kepentingan awam. Ia tidak
perlu untuk dizakatkan(disucikan) kerana
zakat tidak boleh menyucikan harta haram,
yang boleh menyucikannya ialah dengan
mengeluarkannya (mengasingkannya).
Oleh
itu bersabda Rasulullah S.A.W.:
Sesungguhnya Allah tidak menerima sedekah
(zakat) daripada pengkhianat.
(
Diriwayatkan oleh Muslim).
|