|
Saya
ingin mengajukan sedikit kemusykilan kepada
tuan. Untuk pengetahuan tuan sekarang
ini tengah panas satu skim menjana pendapatan
melalui internet. Ramai rakan-rakan saya
yang telah menyertainya dan berjaya. Saya
pun ingin menyertainya tetapi risaukan
halal haramnya perkara ini. Seorang rakan
saya memberitahu satu pelaburan yang sudah
diketuahui pulangannya seperti akaun simpanan
tetap adalah haram.
Skim
ini secara kasarnya menetapkan pulangan
sebanyak 12% sehari dengan syarat kita
melayari lamam web yang ditetapkan untuk
satu tempoh masa setiap hari. Laman yang
menawarkan skim-skim tersebut adalah www.studiotraffic.com
dan www.12dailypro.com.
Saya
telah mengajukan soalan ini di laman web
JAKIM supaya mengeluarkan fatwa tapi masih
tidak mendapat balasan. Saya sudah bersoal
jawab dengan seorang pegawai JAKIM tapi
disebabkan kami hanya bertemu berdepan
tanpa merujuk laman tersebut, maka beliau
tidak mendapat gambaran sebenar skim tersebut.
Jika
tuan tidak keberatan, bolehkah tuan tolong
siasat perkara ini atau ajukan kepada
pihak yang berkenaan.
|