Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Muamalat
Soalan 26
Soalan :
  Assalammualaikum
 
Para ustaz sekalian yang membaca harap dapat memberi nasihat dan panduan untuk saya.
   
 
Saya menjalankan perniagaan sendiri. Rezeki yang Allah bagi itu banyak melalui kawan-kawan. Jadi, ada di antaranya, meletakkan syarat jika saya inginkan
sesuatu projek atau peluang, maka ada bahagian-bahagian tertentu daripadanya harus diberikan kepadanya. Senario ini saya rasa banyak terjadi di merata-rata tempat. Saya pun tak tahu apa nak buat. Tak bagi tak dapat, sedangkan saya berniat ikhlas nak buat kerja. Kalau bagi dikatakan rasuah, sedangkan niat di hati sebagai hadiah kerana menolong. Tolong ustaz. Pening saya...
 
1.
Berdosa atau tidak, sesiapa yang meminta sesuatu sebagai balasan selepas memberikan sesuatu projek dari tempat dia bekerja? Tidak amanah?
 
 
2.
Jika saya setuju ustaz, adakah saya berdosa? Apa hukumnya duit yang saya dapat itu? Saya memang berniat, sesiapa yg membantu saya, saya akan berikan sedikit hadiah sebagai tanda terima kasih.
 
 
3.
Saya keliru dengan istilah rasuah. Memberi sebelum dapat atau memberiselepas dapat. Atau sama kedua duanya?
 
 
4.
Jika bos sesuatu syarikat mengamalkan rasuah untuk syarikatnya, apa hukumnya, gaji-gaji yang diterima oleh pekerja-pekerjanya?
 
   
 
 
Harap ustaz faham akan senario yang saya ceritakan. Saya takut akan duit yang saya dapat itu menjadi haram untuk saya, isteri dan anak-anak. Cuma saya keliru dan itu yang menyebabkan saya tergerak hati untuk bertanya. Jika semua yang di atas adalah dosa, saya berazam untuk tidak melakukannya lagi. Jika ustaz ada jalan
penyelesaiannya yang lebih baik, harap ustaz dapat jelaskan. Terima kasih.

   
  Jawapan :
 
Islam melarang amalan rasuah dalam apa jua bentuknya. Rasuah boleh menjejaskan keharmonian keluarga dan negara. Berpegang kepada ajaran Islam dengan sebaiknya dan elakkan dari terlibat secara langsung dengan amalan tersebut.
2

 

 

 

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)