|
|
Soalan
: |
| |
Saya
ada seorang rakan dari Eropah yang ingin
meluaskan perniagaannya di Malaysia dan
meminta saya untuk menyertainya. Masalah
saya, perniagaannya berdasarkan import-export
barangan :-
|
| |
1.
|
Perikanan
(ikan salmon, cod... dan sebagainya) |
| |
2.
|
Barangan
alcohol (wine dan vodka dari Europe) |
| |
Saya telah menyemak buku "syariah the
islamic law" tulisan Abdul Rahman i.Doi
mengenai perkara ini, yang menyebut umat
Islam tidak boleh terlibat di dalam perniagaan
berdasarkan alcohol dan babi. Soalan saya
: |
| |
a)
|
bolehkah
saya menyertai perniagaan ini sekiranya
syarikat yang |
| |
|
dibentuk
adalah sebagai pengedar - middle man, adakah
ini sama seperti situasi syarikat logistic/
transportation yang mana tugas mereka sebagai
perantaraan. |
| |
b)
|
Apakah
hukumnya, sekiranya saya tidak terlibat
dengan syarikat rakan |
| |
|
saya
secara langsung - saya menubuhkan satu syarikat
baru yang membekalkan khidmat nasihat (consulting
service-outsourcing) dan menerima bayaran
daripada khidmat saya itu. Tanpa apa-apa
kepentingan share di dalam syarikat rakan
saya itu. |
| |
|
|
| |
Jawapan
: |
| |
Islam
mengharamkan umatnya mengambil sebarang
manafaat daripada |
| |
arak
seperti minum, memberi minum, menjual, membeli,
membawa, memproses, meluluskan lesen penjual
arak kepada orang Islam dan lain-lain berkaitan
dengannya. |
| |
a.
|
Dalil
Al-Quran surah am-Maaidah ayat 90 : |
| |
|
Yang
bermaksud : "Wahai orang-orang yang
beriman! Sesunguhnya arak dan judi, dan
pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan
batang-batang anak panah, adalah semata-mata
kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh
itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu
berjaya". |
| |
b.
|
Hadis
riwayat Imam Ahmad daripada Ibnu Omar, sabda
Rasulullah S.A.W. |
| |
|
yang
bermaksud : |
| |
|
"Telah
dilaknat arak, meminumnya, pemberi minumnya,
penjualnya, pembelinya, pemerahnya, orang
yang memprosesnya dan pemakan harganya (wang
hasil pemulangan arak). |
| |
|
Hadis
ini jelas menyatakan bahawa semua jenis
perkhidmatan dan penggunaan berkaitan arak
adalah haram. |
| |
| |
Orang
Islam haram memberi sebarang perkhidmatan
arak kepada orang Islam atau kepada orang
bukan Islam samada berbayar atau tidak berbayar. |
| |
Hadis
riwayat al-Humaidi mengenai hukum haram
menghadiahkan arak kepada orang kafir. Daripada
Abu Hurairah R.A., bahawa seorang lelaki
pernah menghadiahkan sebekas arak kepada
Nabi S.A.W. kemudian ia menghadiahkan kepada
beliau selama setahun, padahal arak sudah
diharamkan maka Nabu S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya
arak telah diharamkan "lelaki itu bertanya
: Bagaimana kalau saya menjual? Baginda
bersabda "Sesungguhnya arak telah diharamkan.
"lelaki itu bertanya "Bagaimana
kalau saya menjualnya? Baginda bersabd "Sesunguhnya
minuman yang diharamkan meminumnya haram
menjualnya, orang itu bertanya lagi "Bagaimana
kalau aku berikan sebagai hadiah kepada
orang yahudi?, Nabi S.A.W bersabda "Sesungguhnya
yang mengharamkan juga pemberian kepada
orang-orang Yahudi", lelaki itu bertanya
lagi "Apa yang harus saya lakukan?,
Sabda Rasulullah S.A.W bertanya lagi "Apa
yang harus saya lakukan?, Sabda Rasulullah
S.A.W. "Tuangkanlah di Al-Battha" |
| |
| |
Hadis
ini menunjukkan bahawa memberi hadiah arak
kepada orang kafir tentulah lebih aula haramnya,
kerana sekiranya percuna harganya adalah
lebih aula haramnya. |
| |
| |
Orang-orang
Islam dilarang menjual dan meminum arak
berdasarkan seksyen 18 (2) Enakmen Jenayah
Syariah Negeri Selangor 1995 iaitu : |
| |
"Mana-mana
orang yang membuat, menjual, menawarkan
untuk jualan mempamerkan untuk jualan, menyimpan
atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan
adalah melakukan suati kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi
lima ribu ringgir atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya". |