Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Muamalat
Soalan 11
Soalan :
 
Apakah hukum seseorang yang menggunakan wang ‘interest’ atau wang bunga yang diberikan oleh pihak bank untuk kepentingan umat Islam?
   
  Jawapan :
 

Hukum menggunakan wang ‘interest’ atau wang bunga yang diberikan oleh pihak bank adalah haram kerana ia adalah wang riba yang wajib diserahkan kepada Baitulmal. Penyimpan tidak boleh membelanjakan wang riba itu sama ada bagi tujuan kebajikan secara umum atau khusus. Ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam surah Ali-Imran ayat 130 :

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.

(Ali-Imran ayat 131)

Oleh itu, untuk menentukan dengan tepat pengagihan atau penggunaan wang riba itu, hendaklah ia diserahkan kepada Baitulmal sesuai dengan sifatnya sebagai pentadbir am harta umat Islam

2

 

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)