|
Sebagaimana
yang kita maklumi, setiap hutang haruslah
dijelaskan samada sedikit ataupun banyak.
Menurut Islam, penjamin adalah orang yang
bertanggungjawab untuk menyelesaikan hutang
yang dibuat oleh orang yang berhutang
yang tidak mampu membayarnya. Ini berdasarkan
kepada keterangan sebuah hadis :
Maksudnya
:
"Pinjaman wajib dikembalikan
dan peminjam wajib membayarnya"
Maksudnya,
tanggungjawab utama bagi membayar hutang
ialah orang yang berhutang itu sendiri,
bukan penjamin. Seandainya orang yang
berhutang itu benar-benar tidak mampu
membayarnya setelah mencuba dengan pelbagai
cara, maka di waktu itu barulah menjadi
tanggungjawab penjamin untuk hutang tersebut.
Maka jadilah jumlah yang dibayarnya itu
sebagai hutang ke atas peminjam yang wajib
dibayar.
|