|
*Skim
cepat kaya adalah sistem piramid dimana
wang peserta yang baru menyertai dibahagikan
kepada peserta lama sebagai keuntungan.
Sedangkan program ini hanya menggunakan
sebahagian daripada yuran peserta, wang
dari penyiaran iklan dan bisnes lain untuk
dibahagikan kepada peserta.
*Skim
cepat kaya biasanya mampu bertahan lama
kerana tiada sumber pendapatan selain
dari yuran peserta sedangkan program ini
mempunyai pendapat lain.
*Skim cepat kaya memberi keuntungan kepada
peserta tanpa peserta mebuat apa-apa sedangkan
program ini memerlukan peserta melayari
laman web iklan yang merupakan pendapatan
bagi syarikat tersebut.
*Skim
cepat kaya tidak mempunyai perancangan
teliti bagi mengelakkan kerugian kepada
peserta kemudian. Sedangkan program ini
mempunyai langkah-langkah tertentu bagi
mengelakkan peserta baru mengalami kerugiaan.
Ini termasuklah mengurangkan kadar keuntungan,
mencari peluang bisnes baru dan sebagainya.
Dengan
perancangan teliti dari program ini telah
bertahan hampir 3 tahun dan ia masih mampu
berkembang & inilah sebabnya saya
menyertainya. Walau bagaimanapun saya
memerlukan bimbingan dari pihak yang arif
dari sudut agama bagi meyakinkan saya
wang ini halal atau haram. Sekiranya penjelasan
saya ini kurang jelas sila rujukkan kepada
siapa saya harus hubungi. Saya akan menghubungi
beliau melalui panggilan telepon.
|