Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Jenayah
Soalan 1
Soalan :
  Assalammualaikum.
 
 
Saya ingin meminta bantuan kepada sesiapa yang berkenaan. Jika tidak keberatan untuk menolong saya, saya ingin tahu hukum-hukum hudud dalam menghisap dadah dan meminum arak. Saya memerlukannya untuk membuat 'presentation' dikolej saya dan saya perlu bahan yang lebih untuk memantapkan isi saya. Saya harap permintaan saya ini dapat dipertimbangkan.
 
 
Jika tidak keberatan, saya boleh dihubungi dengan e-mail ini, syazid@gmail.com. Saya harap permintaan saya dapat ditunaikan dalam masa terdekat ini.
 
  Sekian, terima kasih.
   
  Jawapan :
 
1.
Untuk makluman tuan, hukuman jenayah hudud bagi peminum arak telah disebutkan dengan jelas di dalam Hadis Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.
   
   
Orang-orang Islam yang meminum arak dan telah sabit ke atasnya hukuman tersebut wajib disebat sebanyak 80 kali sebatan. Hukuman 80 kali sebatan kali sebatan ini dikenakan ke atas peminum arak untuk kesalahan yang dilakukan berulang-ulang sehingga sebanyak 3 kali. Sekiranya kesalahan tersebut diteruskan juga dalam erti kata lain si peminum sudah ketagihan maka dalam hal ini ulama' berpendapat hukuman selayaknya dikenakan adalah hukuman pancung. Hukuman ini hanya boleh dilakukan oleh imam (pemerintah atau hakim dalam sesebuah negeri. Di antara syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman (had) terhadap orang yang meminum arak ialah :
 
   
i
Orang yang sudah mukallaf;
   
ii
Dengan kemahuan sendiri;
   
iii.
Mengetahui haram hukum meminumnya;
   
iv.
Telah diakui oleh yang minum, atau dilihat oleh 2 orang saksi laki-laki yang adil.
 
   
Tidak tedapat nas keterangan di dalam al-Quran dan al-sunnah tentang hukum dadah, dan tidak terdapat apa-apa keterangan pendapat dari imam-imam yang mujtahidin dalam keempat-empat mazhab (Abu Hanifah, Malik, Syafie dan Ahmad bin Hanbal) mengenai hukum dadah. Ini ialah kerana dadah belum terkenal dalam zaman mereka. Apabila masalah ini timbul pada akhir abad keenam hijrah, para ulama' fiqh telah berijtihad untuk mendapatkan hukum dadah dengan berqiaskan kepada arak, iaitu dengan melihat kepada dalil-dalil yang disebutkan dalam pengharaman arak dan juga dalam alasan hukum dan sejauh mana wujud persamaan antara arak dengan dadah dalam alasan hukum tersebut.
 
   
Dadah adalah haram hukumnya dari segi syara'. Dalil pengharaman itu berdasarkan kepada keterangan nas kerana ia termasuk dalam pengertian umum "benda-benda yang memabukkan' atau dengan berqias kepada "arak" kerana kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama, iaitu "memabukkan' atau kerana terdapat dalam dadah keburukan-keburukan terhadap individu dan masyarakat. Dalam hal ini, ulama' berpendapat hukuman (had) bagi kesalahan menagih dadah juga turut diqiaskan kepada hukuman yang dikenakan ke atas kesalahan meminum arak.
     
    *Bibliografi
   
1.
"Penentangan Islam terhadap Penyalahgunaan Dadah Ditinjau Dari Sudut Sejarah dan Fatwa Ulama' Islam". Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. 1988. Kuala Lumpur
   
   
2.
"Fiqh Syafii'. Pustaka Antara. 1999. Kuala Lumpur
2

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)