|
Menggunakan
'inhaler' semasa berpuasa boleh membatalkan
puasa. Dalam hal ini perlu dilihat orang
yang berpenyakit
asma yang kehidupan hariannya sepanjang
hayat hanya bergantung kepada penggunaan
'inhaler (tidak boleh tidak) maka gugurlah
kewajipan berpuasa ke atas dirinya dan
dia hanya diwajibkan membayar fidyah iaitu
secupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan.
Tetapi
jika penggunaan 'inhaler' hanya pada waktu
ia memerlukan sahaja (keadaan kritikal)
dan kebetulan semasa itu ia berpuasa,
puasa tersebut dihukumkan terbatal dan
ia wajib menqqada' semula puasa tersebut.
|