|
".....Apabila
kamu telah aman, maka siapa yang bersenang-senang
dengan melakukan umrah sebelum haji, maka
berikanlah hadiah apa yang mudah. Barang
siapa yang tiada memperolehinya, hendaklah
berpuasa tiga hari dalam haji, dan tujuh
hari apabila kamu kembali pulang......."
Ayat
diatas ditujukan kepada orang yang membuat
Haji Tamattu. Apabila sampai di Mekah
dia buat umrah dahulu, apabila sampai
8 atau 9 zulhijjah, dia pakai ehram semula
untuk membuat kerja-kerja ibadat Haji
pula.
Orang
seperti ini diwajibkan membayar dam. Kalau
tidak dapat binatang untuk disembelih,
dia boleh berpuasa 10 hari, 3 hari di
Mekah dan 7 hari di tempat asalnya.
Orang
yang pergi ke Mekah hanya bertujuan buat
umrah tidak termasuk dalam ayat ini.
|