Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Ibadat
Soalan 7
Soalan :
 
Tuan, saya amat berminat untuk mengetahui hukum seseorang muslim itu yang ingin menunaikan ibadah haji atau umrah melalui pembiayaan secara ansuran dengan syarikat kewangan yang melaksanakan perbankan Islam. Terima kasih.
 
 
 
Jawapan :
Untuk makluman tuan, perkara ini telah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (FATWA) Negeri Selangor yang bersidang pada 6 September 2005 dan memutuskan bahawa :
 
i.
Adalah harus seseorang berhutang untuk menunaikan haji atau umrah sekiranya diyakini mampu membayar balik hutang tersebut dan ia tidak menjejaskan kehidupan normalnya; dan
 
 
ii.
Skim pinjaman tersebut hendaklah diuruskan melalui badan atau koperasi yang mementingkanprinsip ikhlas, adil dan telus dalam operasinya disamping bebas dari unsur-unsur riba'.
 
2

 

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)