| |
Soalan
: |
| |
Assalammualaikum |
| |
Saya
ada beberapa soalan berkaitan harta pusaka
Aruah bapa : |
|
1. |
Sepanjang
hayat bapa, kami anak-anak percaya bahawa
Aruah ada meninggalkan
ibadah solat & puasa. Masalahnya,
kami tidak tahu berapa banyak yang tertinggal,
yang boleh kami cuba tampung fidyahnya
menggunakan wang peninggalan Aruah. Bagaimanakah
kami boleh mengatasi persoalan ini? |
| |
| |
2. |
Aruah
ada meninggalkan pesan supaya tanah tapak
rumah kami sekarang(milik
ibu) dibahagikan sesama adik-beradik.
Ini dipersetujui ibu. Ada adik beradik
lain (A) yang tidak bersetuju kerana tidak
mendapat bahagian tanah tapak rumah kerana
rumah beliau (A) telah didirikan di tapak
ini. Sebenarnya, beliau (A) telah diberikan
bahagiannya di kawasan lain. Bagaimana
kami hendak menangani masalah ini? |
| |
|
| |
| |
3.
|
Apakah
yang kami boleh lakukan bagi membantu Aruah
di alam kubur? |
| |
|
|
| |
| |
Jawapan
: |
| |
Hukum
Fidiyah : |
| |
-
|
Fidiyah
puasa sahaja yang boleh diganti sekiranya
ditinggalkan semasa hidup
dan tidak sempat untuk di qada', maka
warislah yang mengqada'nya dengan cara
berpuasa. Manakala ibadat solat tidak
ada nas yang jelas yang menunjukkan bahawa
solat itu boleh diganti dengan fidiyah
jika mati kerana solat itu kewajipan setiap
muslim. |
| |
|
| |
| |
Harta
Pusaka : |
| |
- |
Harta
Pusaka hendaklah dibahagikan dengan kaedah
sistem untuk mendapatkan
keadilan di sisi waris. Dan jika si mati
berwasiat kepada waris, wasiat tersebut
tidak sah kerana waris tidak berhak menerima
wasiat. |
| |
|
| |
- |
Yang
perlu dibantu arwah di dalam kubur ialah
dengan berdoa kepada Allah
sebagai anak yang soleh yang mendoakan
kedua ibu bapanya. |
| |
|