| |
Soalan
: |
| |
Assalammualaikum |
| |
Saya
ingin mengqadakan sembahyang fardu yang
telah ditinggalkan secara
sedar atau tidak dari baligh sehinga kini,
bagaimana cara terbaik untuk melakukannya. |
| |
| |
Dan
sila berikan nas atau dalil atau (hadis
sahih) untuk perkara diatas (qadakan sembahyang
kerana sengaja tinggal) untuk mengelakkan
salah faham? |
| |
|
| |
Jawapan
: |
| |
Solat
fardhu adalah wajib kepada muslim yang
mualaf dalam apa jua keadaan. Solat farhu
adalah ibadat badaniah yang khusus dantidak
boleh dibayar dengan fidyah. Walaubagaimanapun
dalam keadaan uzur atau sakit menurut
hadith sahih Bukhari dan Muslim menjelaskan
Rasullullah S.A.W. telah bersabda maksudnya; |
| |
|
| |
"Sesiapa
yang tertidur atau terlupa hendaklah mengqada'
bila terjaga atau teringat". |
| |
|
| |
Solat
yang tertinggal atau sengaja ditinggalkan
wajib diqada' dengan segera sebagaimana
menjelaskan hutang piutang. Solat qada'
boleh dikerjakan pada bila-bila masa dan
sebaik-baiknya disegerakan. |