|
|
Soalan
: |
|
1.
|
Saya
ingin bertanya mengenai pembacaan surah
Al-Fatihah di dalam sembahyang bagi
sembahyang berjemaah. Semasa berkursus
haji di Rantau Panjang, Klang baru-baru
ini, penceramah yg bertanggungjawab ada
memberitahu semasa sembahyang berjemaah,
pembacaan Al-Fatihah makmum adalah ditanggung
oleh imam dan makmum dibolehkan untuk
tidak membaca Al-Fatihah sebaliknya hanya
mendengar pembacaan imam. Adakah ini benar?
|
|
|
|
|
2.
|
Semasa
sembahyang berjemaah, di waktu bila makmum
dibolehkan untuk mula membaca surah
Al-Fatihah? Adakah mesti selepas imam
habis membaca Al-Fatihah atau dibolehkan
makmum membaca Fatihah semasa imam sedang
membaca Fatihah dengan syarat tidak mendahului
pembacaan imam.
|
|
|
|
|
3.
|
Adakah
seorang makmum wajib untuk menghabiskan
bacaan surah Al-Fatihahnya di mana jikalau
dia tidak masbu' (terlewat)?. Bagaimana
jika imam sudah rukuk tetapi bacaan Fatihah
makmum belum selesai?. Adakah makmum dibolehkan
untuk terus rukuk tanpa pelrlu menghabiskan
bacaan Fatihahnya atau wajib untuk menghabiskan
bacaan Fatihahnya kemudian baru rukuk?.
Kerana kita selalu berhadapan dengan keadaan
di mana imam membaca surah yang pendek
seperti surah Al-Ikhlas contohnya semasa
rakaat kedua di dalam sembahyang tarawih.
|
|
|
|
|
4.
|
Pada
waktu bila rakaat seorang makmum dikira?.
Adakah semasa dia rukuk bersama imam
atau semasa sujud?.
|
|
|
| |
|
Di
harap pihak tuan dapat memberikan penjelasan
terhadap soalan-soalan yang dikemukan
. Terima kasih. Assalammualaikum
|
|
|
|
Jawapan
: |
|
1.
|
Tidak
benar kerana membaca fatihah adalah rukun
dalam solat makmun mestilah membaca
fatihah agar solat yang dilaksanakan itu
sah.
|
|
|
|
|
2.
|
Kedua-dua
keadaan yang disebutkan dibolehkan. |
| |
|
3.
|
Ya,
makmun wajib habiskan bacaan fatihahnya
walaupun imam sudah rukuk. Makmun hendaklahmenghabiskan
bacaan fatihah ketika imam membaca fatihah
bagi mengelakkkan makmun tidak sempat
habis fatihahnya sewaktu imam rukuk.
|
|
|
|
|
4.
|
Rakaat
makmun dikira apabila makmun sempat rukuk
dan tama'ninah bersama imam.
|