| |
Soalan
: |
| |
Assalammualaikum |
| |
Saya
mendapat tahu darah haid juga berwarna kuning
atau pun keruh. |
| |
Masalah
nya saya biasanya mengalami haid (keluar
darah berwarna merah) lebih kurang selama
tujuh hari. Selepas itu keluar cairan
berwarna kuning cair atau keruh. Cairan
ini jugak keluar ketika waktu di luar
haid. Biasanya pada hari ke sembilan atau
ke sepuluh saya akan mandi wajib dan menunaikan
amalan-amalan lain seperti biasa meski
pun berasa ragu. Untuk mengelakkan saya
terus berasa ragu saya akan mandi wajib
sekalilagi selepas lima belas hari. |
| |
|
| |
Soalan
saya adakah saya masih dianggap dlm keadaan
berhadas selepas tujuh hari tersebut.?
|
| |
|
| |
Bilakah
saya sepatutnya mandi wajib? |
| |
|
| |
| |
Perkara
ini berlaku setiap kali saya mengalami
haid. Adakah ini bermakna saya hanya suci
setelah Lima belas hari. |
| |
|
| |
Jawapan
: |
| |
- |
Adapun
darah yang keluar samada merah atau keruh
kekuningan di luar waktu haid itu adalah
darah istihadah atau darah penyakit. |
| |
- |
Namun
jika ia keluar di dalam tempoh haid maka
ianya adalah darah haid. |
| |
- |
Bagi
pandangan saya berkaitan permasalahan
ini, ialah puan perlulah memastikan kitaran
haid puan tetap. Seterusnya pastikan tempoh
darah yang diyakini haid itu keluar. Kemudian
pastikan tempoh cairan kekuningan yang
keluar itu berpanjangan sehingga melebihi
waktu haid atau tidak. |
| |
- |
Jika
melebihi waktu haid, ia dianggap darah
istihadah, dan jika keluarnya di dalam
tempoh maksima haid ia boleh dianggap
sebagai baki-baki darah haid yang masih
tertinggal dan ia adalah haid. |