Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Ibadat
Soalan 57
Soalan :
 
Assalammualaikum
  Saya ingin tahu mengenai beberapa perkara, minta diberi petunjuk .
1.
Adakah sembahyang ganti/qada dibenarkan dalam islam? kalau tertinggal sembahyang.
   
 
  2.
Jikalau was-was mengenai rakaat keberapa sembahyang, apa harus dilakukan? Adakah tambah satu rakaat dan sujud sahwi?
   
 
  3.
Di dalam website Mufti Selangor, ditulis bahawa jika baju/pakaian terkena air mazi, dikehendaki dibersihkan sehingga hilang bau warna dan rasa, tetapi terdapat pendapat yang hanya perlu memercikkan air sahaja ke atas baju tersebut- Saya quotekan pendapat tersebut dibawah. Jadi, boleh saya memercikkan air sahaja?
   
 
  4.
Sebelum sembahyang, tiada air mazi yang keluar, tetapi ketika sembahyang kadang-kadang keluar air mazi atau air kencing atau kedua-duanya, kemungkinan disebabkan lemah control pundi. Adakah sembahyang tersebut batal? dan jika ya, maka saya harus bersihkan kemudian wudhu dan sembahyang kembali, tetapi jika ia berlaku lagi? agak menyukarkan diri untuk beribadat. Dan tidak silap saya, Islam adalah untuk memudahkan umatnya beribadat?, apa harus saya lakukan kerana sering selepas berhadas kecil sering ada lelehan selepas dibersihkan. Masalah ini betul merungsingkan, dan amat membebankan jika perlu berkali-kali bersuci, wudhu, sembahyang setiap kali ia berlaku. Dan termasuk pencucian baju jika terkena najis tersebut. Bukankah ia jugak termasuk didalam kategori penyakit?. Malah bagaimana jika terlalu sibuk (kerja, belajar, jadual yang agak ketat)?
   
 
 
"Tambahan kepada akan hal mazi td tu..sekiranye mazi tu kena kain anda, cukup sekadar dengan memercikkan air keatas tempat mazi tersebut. Ini kerane mazi merupakan najis yang sukar dijaga dan sering berlaku dikalangan muda mudi sehingga layak mendapat keringanan dari kencing bayi..dari Sahl bin Hanif r.a katanya:
"Aku mendapat kesusahan dan kesulitan disebabkan mazi dan sering mandi kerananya. Maka kusampaikan hal itu kepada rasulullah S.A.W, ujarnya: "Cukuplah kamu berwudhuk kerana itu". Lalu kataku pula: "Ya Rasulullah, bagaimana yang menimpa kainku?" Ujarnya: "Cukup bila kau ambil sesauk air, lalu percikkan ke kainmu hingga jelas olehmu mengenainya." (Diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Tarmidzi serta katanya: "Hadith ini hasan lagi sahih")"
   
 
  Jawapan :
  1.
Sembahyang Qada' hanya bagi orang yang tertinggal sembahyang pada waktu yang ditetapkan disebabkan terlupa atau tertidur.
   
 
  2. Jika was-was rakaat, hendaklah tambah satu rakaat dan sujud sahwi.
 
  3.
Cara mencuci air mazi hendaklah dihilang bau, rasa dan warna kerana air mazi adalah najis sebagaimana dalam mazhab Shafie.
   
 
  4. Air mazi yang keluar ketika sembahyang akan membatalkan sembahyang.
    Anda perlu membersihkan najis tersebut dan mengulangi kembali sembahyang. Sekiranya lemah control pundi, anda hendaklah berjumpa doktor yang di yakini untuk mendapatkan rawatan.
2

(Klik Pada Menu Berdasarkan Kategori Di sebelah Kiri)