Ustaz,
saya seorang muslim yang berusaha untuk
mengekalkan solat rawatib (Ba'diyah
Muakkadah), setiap selepas solat berjamaah
dengan seisi keluarga di rumah Ayah
dan Ibu mertua, saya sebagai menantu
selalu bersalaman dengan Ayah dan Ibu
mertua, selepas itu saya nak solat sunat
ba'diyah, maka saya berwuduk semula
sebelum menunaikan solat sunat ba'diyah
berkenaan.
Saya ada kemusykilan akan hukum bersalam
dengan Ibu Mertua, adakah perbuatan
itu membatalkan wuduk, ada yang mengatakan
batal dan ada pula yang mengatakan tidak.
Harap dan mohon penerangan dari Ustaz,
bila ada nas Al-Qur'an dan Al-Sunnah
mohon Ustaz sertakan sekali,
terima kasih.