Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Ibadat
Soalan 55
Soalan :
 
Assalammualaikum
 
Saya ingin penerangan lanjut berkenaan Mandi Wiladah ini kerana banyak orang yang kurang arif tentang hal ini terutama wanita sendiri.
   
 
  Jawapan :
 
i.
Darah yang keluar mengiringi wanita melahirkan itu dipanggil darah wiladah.
 
ii.
Hukum mandi wiladah sejurus bersalin itu sunat bagi orang yang mempunyai darah nifas.
 
 
iii.
Namun bagi sesetangah wanita, kelahiran bayi itu hanya disambut dengan keluarnya darah wiladah dan tidak disertai dengan darah nifas. Maka mandi tersebut adalah mandi yang wajib sebagaimana menyucikan diri daripada hadas besar selepas melahirkan.
 
 
iv.
Walaupun begitu, kelaziman yang diamalkan oleh masyarakat kita untuk melaksanakannya elok, iaitu untuk memberikan kesegaran selepas melahirkan asalkan ianya tidak membahayakan dan memudaratkan.
 
2

(Klik Pada Menu Berdasarkan Kategori Di sebelah Kiri)