| |
Soalan
: |
| |
Assalammualaikum |
| |
Saya
ingin mendapatkan panduan tentang hukum
mempraktikan solat jamak dan qasar yang
diharap ustaz membantu saya : |
| |
1. |
Kampung
asal saya adalah di Batu Pahat, Johor
dan saya telah bekerja dan tinggal
selama 8 tahun di Terengganu. Setiap bulan
saya akan pulang ke kampung untuk menziarahi
ibu. |
| |
|
| |
2. |
Saya
kerap melakukan aktiviti memancing dan
berkhemah di dalam hutan yang
jarak nya lebih dari 2 marhalah dari tempat
tinggal saya. |
| |
|
| |
Didalam
kedua-dua keadaan tersebut apakah solat
jamak/qasar harus dipraktikan. Apakah
solat jamak/qasar tersebut harus dipraktikan
selagi saya belum tiba semula ke Terengganu
atau apakah solat tersebut hanya harus
dilakukan ketika didalam perjalanan sahaja. |
| |
Sekian
dan diharapkan ustaz dapat memberikan
panduan nya kepada saya melalui e-mail
saya. |
| |
|
| |
Jawapan
: |
| |
Apabila
seseorang itu bermusafir lebih dari dua
marhalah, maka ia harus melakukan solat
qasar dan jamak sekali. Solat jamak dan
qasar ini adalah suatu keringanan yang
diberi oleh Allah kepada hamba-Nya, apabila
seseorang itu bermusafir lebih dari dua
marhalah. |
| |
Pemulaan
musafir ini dikira setelah kita keluar
kawasan, sama ada melalui sungai, parit,
kota sempadan atau kawasan yang sudah
tidak ada bangunan lagi. Akhir musafir
ialah apabila kita memasuki kawasan pemulaan
musafir tadi. |
| |
Apabila
seseorang yang bermusafir kerana sesuatu
maksiat, maka ia tidak diharuskan solat
jamak dan qasar. Solat jamak dan qasar
harus dilakukan sekiranya tujuan/ niat
sesuatu perjalanan itu tidak bercanggah
dengan hukum syarak. |