|
|
|
|
|
Soalan
52
|
|
|
Soalan
: |
| |
Assalammualaikum
|
| |
Ustaz,
saya ingin mengajukan masalah. Saya pernah
melakukan dosa kerana melakukan onani
sejak di bangku sekolah menengah lagi.
Saya menyesali perbuatan ini dengan berniat
nazar supaya berpuasa sehari jika saya
melakukan onani dengan harapan agar saya
dapat menahan nafsu.
Kini, saya terlupa adakah saya berniat
berpuasa sehari SEJURUS selepas melakukan
onani atau cuma berniat berpuasa sehari
bagi setiap kali melakukannya. |
| |
Tetapi
tabiat ini amat-amat sukar dibuangkan
tetapi saya masih berusaha.
Setelah lebih 4 tahun melakukannya, saya
telah melakukannya hampir 82 kali. Jadi,
bagaimana dengan keadaan nazar saya? Bagaimana
saya ingin menebus nazar yang saya 'terlupa'
mungkin kerana kelaparan, godaan makanan
yang enak dan sebagainya? |
| |
|
| Jawapan
: |
| |
Rasulullah
S.A.W. bersabda : Diangkat pena (tidak
dicatat) kepada 3 perkara iaitu Kanak-Kanak
sehinga Baligh, Terlupa hingga Sedar,
Tidur sehingga Jaga. Bermaksud Allah tidak
mengambil kira (memberi kelepasan) kepada
orang yang benar-benar terlupa. Saudara
telah terlupa bentuk niat nazar saudara.
Masa untuk saudara melakukan nazar dengan
berpuasa sehari sejurus selepas melakukan
onani telah berlalu. Walaubagaimanapun
saudara boleh melakukan puasa sehari bagi
setiap kali melakukannya, maka sebagaimana
saudara melakukan onani sebanyak 82 kali,
hendaklah berpuasa sebanyak itu juga sebagai
menunaikan nazar tersebut. |
|
2
|
(Klik
Pada Menu Berdasarkan Kategori Di sebelah Kiri)
|
|
|
|
 |
|
|