Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Ibadat
Soalan 44
Soalan :

i.

Saya pernah membaca satu notis risalah di Papan Kenyataan di Hospital Tanjung Karang berkenaan cara bertayammum untuk orang yang sakit. Kalau tidak silap saya, risalah tersebut menyatakan bahawa pesakit boleh bertayammum dengan mengguna debu pada tilam atau dinding (dengan menepuk tangan ke tilam atau dinding)
 

 

 

Jawapan :

  Disini saya ingin mendapat kepastian mengenai perkara tersebut di atas.
 
ii.
Adakah JAIS atau mana-mana Pihak Berkuasa mengeluarkan fatwa mengenai kaedah bertayammum di dalam kapal terbang?
   
   
  Jawapan :
i.
Sah berta'yamum dengan menggunakan debu yang melekat pada tilam dan dinding jika terdapat debu yang bersih daripada najis. Ini kerana debu berasal daripada tanah dan persekitaran yang kering yang dibawa oleh udara dan angin lalu melekat didinding dan tempat-tempat lainnya.
   
   
ii.
Pihak berkuasa tiada mengeluarkan fatwa kaedah berta'yamum dalam kapal terbang kerana sudah jelas dalam kitab Feqah.
   
   
 

 

Tiada masalah untuk mengangkat hadas kecil (wudu') di dalam kapal terbang kerana di dalamnya terdapat air. Syarat wuduk itu adalah menggunakan air keseluruh anggota wuduk. Tidak perlu dilakukan sebanyak 3 kali pada setiap anggota kerana cucian yang kedua dan ketiga itu sunat sahaja.

Ambillah anggota yang wajib sahaja kerana kuantiti air di dalam kapal terbang yang sedikit. Kalau tiada air dan tiada debu boleh solat sebagai menghormati waktu dan wajib qadak bila sampai ke destinasi kita.

2

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)