Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Ibadat
Soalan 4
.
Soalan :

Saya ingin penjelasan mengenai situasi masalah saya. Saya tidak berkesempatan menggantikan puasa pada tahun lepas (2004) sebanyak 4 hari lagi kerana masalah kesihatan sebelum Ramadhan tahun ini (2005).

 
Soalannya:
1.
Adakah puasa 4 hari yang tertinggal itu perlu saya gandakan menjadi 8 hari utk saya qada' kemudian nanti?
2.
Bolehkah saya sekalikan qada' puasa ini dengan puasa 6 di bulan Syawal nanti?
3.
Berapa banyakkah fidyah yang perlu saya bayar dan bolehkah dijelaskan bagaimana nilai fidyahdikira (daripada cupak kepada nilai duit).
4.
Adakah fidyah itu perlu saya lakukan/bayar setelah saya habis menggantikan puasa saya?
  Jawapan :
1.
Puasa itu tidak perlu digandakan, hanya fidyahnya sahaja yang digandakan.
2.
Sah puasa qada' bersama dengan puasa 6 dalam bulan Syawwal.
3.
Fidyah yang perlu dibayar ialah :
1 cupak (670 gram) sehari x 4 hari = 4 cupak (2K 680 gram)
Nilai ringgit RM 1.17 (1 cupak)
4.
Fidyah tersebut perlu terus dibayar kepada fakir miskin tanpa perlu menunggu habis puasa.
2

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)