|
Adalah
tidak menjadi kesalahan jika seseorang
itu mengerjakan umrah lebih dahulu dari
ibadat haji. Sedangkan para jemaah haji
yang memilih haji Tamattuk
semuanya mengerjakan umrah dahulu kemudian
diikuti dengan mengerjakan haji. Tetapi
haji jenis ini diwajibkan membayar dam
kerana mereka mengerjakan umrah dalam
bulan haji kemudian mereka mengerjakan
haji pada tahun yang sama.
Berhubung
dengan keharusan mengerjakan umrah lebih
dahulu adalah berdasarkan sebuah hadis
di mana Rasulullah S.A.W. bersabda :
Maksudnya
: Ibadat haji dan umrah adalah
wajib kedua-duanya, tidaklah menjadi kesalahan
dengan bahawa engkau memulakan mana-mana
di antara keduanya.
(Riwayat
Bukhari)
|