|
Seseorang
yang sampai di masjid sedang imam membaca
khutbah disunatkan ianya supaya bersembahyang
sunat secara ringkas iaitu dengan melakukan
rukun-rukun sembahyang itu sahaja sebagaimana
terdapat dalam hadis Rasulullah S.A.W.
Maksudnya
: Dari Rabi (Ibnu Sobih Al-Basri)
berkata bahawa beliau telah melihat Hasan
bersembahyang dua rakaat sewaktu imam
sedang berkhutbah dan berkata Hasan telah
bersabda Rasulullah S.A.W. apabila datang
kepada kamu seseorang sewaktu imam sedang
berkhutbah maka sembahyanglah dua rakaat
yang ringan iaitu tidak boleh tidak sahaja
(rukun-rukunnya sahaja).
|