|
Daging
qurban halal dimakan atau dimiliki oleh
orang yang berqurban bahkan sunat ia mengambil
satu pertiga. Akan tetapi daging qurban
wajib atau daging qurban nazar
haram dimakan oleh orang yang bernazar.
Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam
Al-Quran
Maksudnya
: "Supaya mereka menyaksikan berbagai
manfaat bagi mereka dan supaya mereka
menyebut nama Allah pada hari yang telah
ditentukan atas rezeki yang Allah telah
berikan kepada mereka berupa binatang
ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya
dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk
dimakan orang-orang yang sengsara dan
fakir".-
-
Surah Al-Hajj, ayat 28 -
Sedangkan
daging aqiqah boleh dimakan oleh orang
yang melakukan aqiqah dan disedekahkan
kepada fakir miskin dan boleh juga diberi
kepada orang kaya dalam keadaan sudah
dimasak. Daging qurban, sunat dimakan
oleh orang yang berqurban selebihnya disedekahkan
kepada fakir miskin dalam keadaan mentah.
|